Followers

Tuesday, May 29, 2012

Shaklee dh sampai.



Produk Shaklee tuk aku dh sampai... nak mule makan esok...
Harapnye sesuai tuk aku n dapat membahagiakn diri aku n dhia...

xsabar nk tgk dhia membesar dgn susu bdn aku.. 

Insyaallah... percubaan aku kali ni harapnye berjaya...
bukan tuk sape pun.. tuk anak aku juge..

bru je lps amek gmbr trus nk update.. :)

set ni tuk set penyusuan..


Sangat penting untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu 
meningkatkan antibodi ibu dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan 
kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu.
 So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vit c ke 2 biji sehari ...
dan bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,
insya allah akan mudah sembuh...satu lg kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik. 
Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.



Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. .
Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. 
Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu 
sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 
4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.
Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja 
tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. 
Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan 
dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam 
kategori fiber dan mengenyangkan.




Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, 
Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, 
menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 
berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, 
secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. 
Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan supplemen b complex yang konsisten 
kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B 
yang sedia ada di dalam badan si ibu.Vitamin B juga 
dapat melahirkan wajah ibu berseri dan tidak kusam.



Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Kebiasaannya, sekitar usia anak 
mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi 
ke dalam makanan anak...contoh terbaik ialah ikan bilis dan bagi ibu menyusu 
multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron 
bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg...



dapat botol comel ni.. :)






Benarkah Shaklee membantu memekatkan susuibu?
Shaklee merupakan makanan tambahan yang lebih dikenali sebagai vitamin nama ringkasnya. 
Sebenarnya dalam makanan harian kita memang mengandungi vitamin dan zat yang diperlukan cuma sama ada ia lengkap dan seimbang atau tidak. Maka dengan pengambilan makanan tambahan yang dikenali sebagai vitamin membantu kita memastikan tubuh kita mendapat semua zat yang diperlukan. Apabila kita mengambil vitamin, secara langsung ia membantu dalam kepekatan susuibu. Ini memang benar-benar terjadi dan diakui oleh ramai yang mengamalkan vitamin dalam penyusuan. Tidak semestinya mengamalkan vitamin Shaklee baru dapat hasil sebegini CUMA kelebihan Shaklee ialah vitaminnya tidak punya perasa tiruan, pengawet tambahan malah pewarna tambahan. Malah beberapa customer yang baru mencuba set B dengan ESP mendapati susu mereka sangat pekat dan berbeza dari sebelumnya. Mereka mengakui kepuasan si anak dengan hanya minum sedikit sahaja dan memudahkan si ibu membuat stok perahan dengan perlahan2.

Shaklee membanyakkan susu?
Shaklee Alfalfa membantu penghasilan susu dengan lebih cepat namun ibu yang menyusu perlu tahu, 
untuk meningkatkan penghasilan susu ibu...3 perkara utama ini sangat penting iaitu

1) menyusukan bayi sekerap mungkin atau bagi ibu yang bekerja buatlah sesi perahan di pejabat secara konsisten. Memang banyak cabaran bagi ibu bekerja untuk membuat sesi perahan yang tetap namun jika ada niat yang baik, insyaALLAH, ALLAH bukakan jalan kemudahan.
 Jika tak pam, maka vitamin tadi hanya membantu ibu sihat dan bertenaga 
namun tidak membantu mendapat susu dengan banyak dan sendirinya tanpa mengepam.

2) Pengambilan air bagi ibu yang menyusu perlulah seimbang. Sekurang-kurangnya 2L sehari bagi yang tidak amalkan pengambilan apa2 vitamin. Bagi yang makan vitamin, 3 L adalah cadangan supaya tubuh dapat menyerap semua vitamin yang kita makan dengan lebih baik.

3) doa. Doa mohon ALLAH berikan kemudahan dalam menyediakan susuibu, doa semoga ALLAH beri kemudahan untuk memerah ditempat kerja, doalah semoga susuibu yang terhasil itu berkat dan memberi rasa nikmat kekenyangan buat si manja tersayang. Doalah semoga rakan seperjuangan berjaya dalam penyusuan dan banyakkan doa yang baik. Law of attraction, doa yang baik akan dapat yang baik.


..................................................................................................

insyaallah... doa 2 penting...n yakin.. xmo stress2.. heeee
..........................................................................................................

esok bermule rutin harian shaklee..

shaklee VITA-LEA : 2 biji
shaklee VITA-C : 1 biji
shaklee B-Complex : 1 biji
shaklee ALFAFA : 10 biji

.......................................................

 go go chaiyookkk umie !! heeeee

8 comments:

  1. rara pulak td baru je sampai ESP.xsbr nk minum.lepas pantang baru mkn set pantang lak.

    ReplyDelete
  2. manyaknyaaaa nak kena makan....
    huhuhu......
    berapa rm satu set ni...
    xpe xpe...awak try dulu...nanti kita pulak try ye...
    kita doakan niat awak dimakbulkan Allah swt...supaya banyak susu dan dhia boleh menyusu badan sepenuhnya...amin....

    ReplyDelete
  3. u xde amek ESP & ostematrix ek? hehe

    ReplyDelete
  4. cikanis & rai : set ni kite beli rm241..

    nana : aah x tmbh yg 2.. amek yg ni je dlu..hehe

    ReplyDelete
  5. jom visit grand opening fb MommyKids ShoppingCentre. Byk promotion shaklee n baby's stuff

    http://www.facebook.com/MommyKids.ShoppingCentre

    ReplyDelete
  6. mak aiii..mahal juges...
    xpe...xpe...kita akan berusaha kumpulkan uwang demi masa depan baby...hahaha

    ReplyDelete
  7. maaf nk tnya la.. da mik produk shaklee ni mmg xde mik apa2 jamu ke? shaklee ni blh bntu kembalikan bdn ke bentuk asal?

    ReplyDelete